Sejarah Ramadhan
1) Ramadhan: Ertinya panas terik
2) Bulan di turunkan Al Quran dan disebut (syahru ramadhana)
3) Berlakunya Perang Badar Kubra dan mendapat kemenangan.
4) Bulan dimana Nabi s.a.w mengambil semula Mekah dari tangan Musyrikin dan berakhirnya penyembahan berhala.
5) Di dalamnya dipilih ada Malam Al-Qadar yakni lebih baik daripada 1000 bulan.
6) Di pilih untuk ibadat puasa.
7) Di pilih untuk lain2 ibadat (tadarus Al Quran)
Kelebihan Bulan Ramadhan
1) Kamu akan di naungi Ramadhan. (bagi yang telah meninggal dunia terlepas dari siksa kubur)
2) Bulan penuh keberkatan
3) Di malamnya ada lebih baik daripada 1000 bulan
4) Amalan solat sunat menyamai dengan solat fardhu
5) Manakala solat fardhu mendapat 70 kali ganda
6) Bulan sabar dan pahalanya adalah syurga
7) Bulan menambah rezeki
8) Memberi berbuka banyak pahala
9) Bulan keampunan :
- Doa yang paling makbul iaitu doa sebelum berbuka puasa.
- juga doa pada sepertiga malam.
- 10 hari pertama adalah mulanya rahmat,
- 10 hari pertengahan - pengampunan,
- 10 hari terakhir - kemerdekaan api neraka.
Amalan-amalan di bulan Ramadhan
1) Mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan
2) Menempah pakaian untuk Ramadhan
3) Niat puasa sebulan pd permulaan Ramadhan
4) Hendak tidur bacalah 4 ayat terakhir Surah Al Kahfi supaya dapat bangun malam
5) Berazam melakukan Terawih 20 rakaat (bukan 8 rakaat)
6) Bertadarus secara bersemak (bukan sendirian)
7) Solat berjemaah setiap waktu
8 ) Solat jemaah di masjid/surau
9) Amalkan Qiyamulail walaupun pendek
10) Sahur diwaktu akhir
11) Sahur - utk mengelakkan makanan tidak hadam elakkan makanan pedas dan tutup sahur dengan air susu
12) Mandi Janabat sebelum Imsak
13) Kurangkan tidur
14) Tunaikan Solat sunat fajar (Solat Sunat Subuh)
15) Tunaikan Solat Dhuha
16) Tidur waktu cuti (satu jam sebelum Zohor)
17) Tunaikan solat Rawatib
18) Jaga pacaindera
19) Elakkan gosok gigi selepas tergelincir matahari hingga berbuka
20) Hadiri majlis ilmu
21) Buat baik kepada ibubapa
22) Isteri hendaklah taat pada suami
23) Banyakkan bersedekah
24) Berbuka dengan 3 biji kurma dan air yang belum dipanaskan oleh api
25) Berbuka bersama org tua
26) Jemput tetamu berbuka
27) Kurangkan berat badan
28) Banyakkan i'tikaf di masjid (lelaki sahaja)
29) Baiki hubungan suami isteri
30) Baiki hubungan jiran
31) Isteri jauhi drpd keluar memakai mekap & perhiasan
32) Elakkan berbelanja berlebihan
33) Kuatkan kesabaran
34) Banyakkan selawat,istighfar,bertasbih
35) Berazam beramal (pada malam Lailatul Qadar)
36) Mengejut anak dan isteri di malam Lailatul Qadar
37) Elakkan menonton TV yang mengandungi nafsu
38) Elakkan mendengar radio berunsur hiburan hingga melalaikan
39) Berdoa dengan nada lembut dan merayu
40) Jauhkan bercumbu dengan suami/isteri
41) Mendoakan ibu bapa samaada hidup atau yang meninggal dunia
42) Melazimkan solat waktu
43) Elakkan sebelum berbuka bersiar2 yg menjadikan pandangan liar
44) Elakkan banyak berhutang
45) Melepaskan perasaan sedih melepaskan Ramadhan ditakuti tidak bertemu lagi dengan Ramadhan akan datang
46) Mengeluarkan zakat fitrah
Balik dari umah Ernie, terus pegi PD. Memang nak bawak budak gendut tu g mandi laut. Aku pun dah berkurun tak mandi laut nie. :) Memang tak plan pun nak booked mana-mana hotel ke chalet ke motel. Just walk in jer. Kengkonon nak main redah jer la. Ikut rezeki & nasib. At first pegi one resort ni. Survey dalam internet, tengok tempat dia ok la. Macam menarik jer. Tapi, bila dah sampai… huhuhuhuu… scary siot. Dah le tak ramai check-in situ, tempat dia plak macam resort tinggal jer. Alemak, potong stim betul ler… (apa nama resort dia??? Syhhhh!!! Rahsia)
Ingat nak stay kat Eagle Ranch Resort, (mengidam nak gi tido kat Tepee @ Bandwagon) hehehe.. tapi jauh dengan laut pulak.
Bawak keta slow-slow sambil perati hotel mana yang sesuai dengan budget kitaorg. Last kitaorg decide nak stay kat Glory Beach je la. On da way ke Glory, hubby kata macam jauh je dari Batu 4. So, patah balik. Masuk ke Sunshine Bay Resort. Sebelum g reception counter, ada mamat cina ni panggil. Tanya nak bilik ke tak, dia ada 1 unit yang kosong. Lepas deal, harga pun reasonable jugak… kita org check in dlm pukul 4.45ptg. Memang rezeki la. Dekat plak dengan pantai. Bilik pun quite ok. Padan le dgn rate pulak… klu nak bilik yang grand-grand, gi ler check in kat Avillion ke Ancasa ye dak….
So, tercapai le hajat nak bagi Adib mandi laut. First time mandi laut tu, mmg dia teruja lebih.. J dapat main pasir sepuas hati. Tak geli plak, klu tak… pantang je kaki kena pasir dah mengamuk. Ajak mandi kat swimming pool pun tak heran dah. Mmg tak pegi mandi pool pun. Mandi laut jerk.
So, korang yang budget biasa2 tuh… ok jugak la kat resort nie. Sorry! Gambo takde, pasal lupa mau bawak camera. Gambar nie pun from internet. Ada rezeki lebih nanti ingat nak g lepak kat The Legend Water Chalets ler. Macam besh je tempat tu… huhuhuhu…
Kat cni le kitaorg lepak last weekend.
|
Sunshine Bay Resort Port Dickson
| |||
| Hotel Address: | 21/2 KM, Jalan Pantai, 71000 | ||
| Hotel Rating: | 3 star |
||

| Hotel Overview |
|
This resort was opened in May 2001.Located at
21/2km from Port Dickson town Centre. Here you will find comfort and splendour of a cosy resort combined with the personalized charm that's so Malaysian in every way. Even though you might have a full program lying ahead for you, there is still time to relax and enjoy our L- shape pool, take a game of tennis or badminton or enjoy the watersports at the beach directly in front of the resort. |
Wedding Ernie
Rozina & husband kek Rombau. (Kampong
abah den tuh)
kawan lama
since Mobikom lagi. Akhir nya dah sampai jodoh TEM (panggilan manja kawan² Bikom) pasal dulu kat Mobikom ada 2 orang
nama ERNIE. Sorang lagi Ernie Yoshita. Tinggal sorang ni ha je lagi, belum
sampai jodoh lagi.. harap² coming soon yer TOT. bertolak dari rumah dalam pukul
11 pagi, ingatkan aku le yang last…
Tup-tup, aku
plak yang sampai dulu. Ingat nak tunggu yang lelain, Adib plak tak sabar² ajak
masuk, pasal dia excited nak tengok live band. So, kitaorg makan dulu sambil Adib
layan orang karaoke. Mmg feveret dia la dengar live band ni.
Dah nak abis makan baru ler yang lelain sampai. (TOT & TUNANG, ADAN & WIFE, MK & FAMILI, KAK UMI & FAMILI DAN FAIZAH & FAMILI.) Jumpa jugak kawan² lama, macam Mai, Kak Yati, Lin & Mizi. Dah jumpa kengkawan lama, apa lagi… borak sakan ler sambil layan buah rambutan yang dipetik sendiri oleh MK. Geram dia tengok buah rambutan tu bergayut atas potok. Memang banyak buah rambutan kat umah TEM. Lebih kurang pukul 2 lebih, adib sibuk ajak balik dah… lepas sesi bergambar (me? forgot to bring camera maaa… huhuhuhu), Yang ada ni pun MK punya... gi click kat fesbuk dia nie… Lepas tu masing² meneruskan perjalanan masing-masing. Sebelum beredar, masing-masing dapat permission drp bapak TEM ambik buah rambutan, apalagi… semua tak lepas peluang ler… hehehhehee…
Lepas ni, bila lagi le nak jumpa diaorg nie, miss u guyzz…
Lama giler tak update LL ni, actually takde cite & gambar baru… tu yg tersadai je LL ni… yg ada cuma gambar lama Adib & cousins dia jer….
JOM JE LA LAYAN GAMBAR LAMA DULU
Pst..pst.. I’m @ 11 weeks now.…insyallah due on end of Jan’09. Hopefully, semua nye selamat hingga akhirnya… doakan sama yer..

Assalamualaikum,
Berkongsi sedikit ilmu... dari JAKIM.
MANDI WAJIB YG BETUL
Mandi wajib merupakan perkataan yang mudah disebut, tetapi jangan terkejut jika dikatakan banyak umat Islam di tanahair kita yang tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya dengan betul.
Untuk melakukan mandi wajib yang betul, seseorang itu tidak boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja. Sebaliknya, ia mesti dilakukan dalam kedua2 keadaan bagi membolehkan seseorang itu meratakan air ke seluruh anggota badannya yang zahir.
Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Uztaz Haji Mat Jais Kamos, 49, menegaskan, bagaimanapun, berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di Pejabat Agama Islam Gombak Timur dan penceramah, didapati banyak umat Islam yang tidak mengetahui perkara ini.
"Akibatnya, mandi majibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Apabila mandi wajib tidak sah, ibadat yang dilakukan oleh seseorang itu juga turut tidak sah. Itulah akibatnya jika tidak melakukan mandi wajib dengan betul," tegas beliau ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri Keramat Kuala Lumpur.
Mandi wajib yang juga sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh dipandang ringan oleh umat islam. Setiap orang yang mlakukannya mestilah mengetahui dan memenuhi rukun2nya. Jika tidak mandi wajib seseorang itu tidak akan sah.
Rukun mandi wajib ada 3 perkara. Pertama, niat. Kedua, menghilangkan najis di badan. Ketiga, meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir.
Niat mandi wajib: "Sahaja aku mengangkat hasar besar kerana Allah Taala."
Atau " Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala."
Niat itu di dalam hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke mana2 bahagian anggota badan.
Bagi perempuan yang habis haid, niat mandi wajib ialah: " Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala." Manakala bagi perempuan yang habis nifas, niat mandi wajibnya ialah: " Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala".
Niat itu jika dilambatkan atau ketika seseorang itu memulakannya selepas dia telah membasuh salah 1 anggota badannya akan menjadikan mandi wajibnya tidak sah. Oleh itu dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air keseluruh anggota badannya. Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan, niat itu juga tidak sah. Oleh itu mandi wajibnya tidak sah.
Mengenai rukun mandi wajib yang ke2, iaitu menghilangkan najis yang ada pada badan, menurut Ustaz Haji Mat Jais, menurut Imam Nawawi, jika kita ada najis di badan, najis itu boleh dibasuh serentak dengan mandi wajib. Ertinya membasuh najis dengan mandi itu boleh disekalikan.
Sementara rukun mandi wajib yang ke3, iaitu meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir, meliputi kulit, rambut dan bulu yang ada di badan, sama ada bulu2 yang jarang atau lebat. Jika rambut seseorang itu ditocang atau disanggul, sekiranya tidak sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul itu wajiblah dibuka. Bulu2 dalam lubang hidung pula, tidak wajib dibasuh kerana dianggap batin. Tetapi sekiranya, bulu2 di dalam hidung itu bernajis, ia wajiblah dibasuh.
Mengenai kuku pula, jika di dalam kuku ada kotoran yg boleh menghalang sampai air ke badan khususnya di bahagian bawah kuku, kotoran itu wajiblah dibuang. Membuang kotoran di dalam kuku itu pula boleh dilakukan ketika sedang mandi.
Tentang rambut yg diwarnakan pula selain inai, inilah yang merumitnya. Sebenarnya jika rambut seseorang itu diwarnakan dengan pewarna selain inai, mandi wajib seseorang itu tidak sah. Oleh itu, seseorang yang mewarnakan rambutnya dengan pewarna selain inai, jika dia hendak mandi wajib, dia mestilah membuang pewarna pada rambutnya terlebih dahulu. Tetapi untuk membuang pewarna itu pula bagaimana?..
Inilah yang rumitnya. Sedangkan pewarna pada rambut itu sebenarnya tidak boleh dibuang begitu mudah.
Yang menyebabkan mandi wajib orang yang menggunakan pewarna pada rambutnya tidak sah kerana pewarna itu akan menyalut rambutnya yang menghalang air sampai ke rambut. Ini berbeza dengan inai. Inai sebenarnya akan meresap ke rambut, tetapi pewarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air terhalang ke rambut.
Teta! pi dalam hal ini, jangan pula ada yang salah faham. Sebenarnya pewarna itu jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM dan sekiranya pewarna itu tidak bernajis, bukanlah bermaksud menjadi tidak sah. Dalam hal ini, sukalah saya menyatakan bahawa sembahyang dan mandi wajib itu berbeza. Jadi, mestilah dipandang dari sudut yg berbeza.
Dalam hal ini juga, sukalah saya menyatakan, huraian mengenai rukun mandi wajib seperti yang telah saya nyatakan ini adalah merupakan perbezaan sah atau tidak mandi wajib. Jadi, ia perlulah diberikan perhatian yang lebih oleh umat Islam.
Mengenai sebab2 seseorang itu wajib mandi wajib pula, Ustaz Haji Mat Jais menegaskan, sebab2nya terdiri daripada 6 sebab. 3 sebab melibatkan lelaki dan perempuan iaitu kerana bersetubuh walaupun tidak keluar air mani, keluar air mani dan mati. Manakala 3 sebab lagi hanya melibatkan kaum perempuan sahaja, iaitu keluar darah haid, nifas dan melahirkan anak(wiladah) .
Mandi wajib boleh dilakukan di mana2 dengan menggunakan air mutlak sama ada air telaga, air paip, sungai laut dan tasik.
Bagi pasangan suami isteri yang bersetubuh pula, mereka tidak semestinya mandi selepas bersetubuh, tetapi diwajibkan mandi ketika ingin beribadat. Selepas bersetubuh pula, jika ia dilakukan pada waktu malam, jika tidak mahu mandi wajib, seelok2nya ambillah wuduk sebelum tidur itu adalah sunat, manakala tidak berwuduk sebelum tidur adalah makruh.
PANDUAN TAMBAHAN
1. Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minima 5 kali sehari dengan air wudhu. Jangan langsung dikeringkan, biarkan menitis dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, shalat, berdzikir, dan berdo'a.
2. Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah 'olahraga'. Cukup dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan dzikir dan do'a.
3. Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan 'kata kunci', "Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii" (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula akhlaqku). (HR Ahmad).- DOA TENGOK CERMIN
4. Untuk punya bibir cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takbur.
5. Agar tubuh langsing, mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS i.e. selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih.
6. Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi.
RAHSIA 13
Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang sudah tahu atau panduan bagi yang baru tahu......
1. Niat Sembahyang Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.
2. Berdiri Betul Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.
3. Takbir-ratul Ihram Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.
4. Fatihah Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.
5. Ruqu' Sebagai tikar kita di dalam kubur.
6. I'tidal Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika di dalam kubur.
7. Sujud Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.
8. Duduk antara 2 Sujud Akan menaung panji-panji nabi kita di dalam kubur.
9. Duduk antara 2 Sujud (akhir) Menjadi kenderaan ketika kita di padang Mahsyar.
10.Tahhiyat Akhir Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.
11.Selawat Nabi Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.
12.Salam Memelihara kita di dalam kubur.
13.Tertib Akan pertemuan kita dengan Allah S.W.T.
Dari Abdullah bin 'Amr R. A., Rasulullah S. A. W.bersabda : "Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi / Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu " FRIDAY the 13th " jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!"
Wassalam.
"Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..." Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa'at kepada manusia lain...
DELAYED ENTRY
Cite dah basi ler. Holiday @Tiara Beach Resort on last Chinese New Year ‘08 with all my family except my father. Sibuk dgn geng kompang dia on that day. Boring je kitaorg. Yang seronok ke situ sapa lagi kalau bukan anak-anak. Celik mata je nak terjun kolam. Yang parent’s nye plak layan karaoke jamban. Ekekeke.. Syiok woo. Sampai Adib pun kemaruk nak nanyi.. Cam pandai jerk budak tuh. So, mmg enjoy la klu bawak budak² kat sini. Korang pun enjoy jugak. Cuma tang makan tu, kitaorg ni destinasi budget, bawak bekal sendiri, beli kat Teluk Kemang jer. Tak plak try makan kat situ. Korang yg berminat nak stay kat sini, just let me know. Pasal aku ada contact number owner bilik ni. Price lagi murah la kan. Buat pe nak bayar mahal-mahal kan. Jgn lufer ar… jom g mandi-manda.

Takde koje ke ha?!!!
Hehehee.. kebetulan ada camera kat opis nie, masing² pose. Punahkan harta bos, jom enjoy, Dlm diam, almost 2 year aku keje kat sini. Mula tu cam ok.. even bos tak le pemurah. Lately ni, cam hampeh kobau. Kobau pun lagi tinggi value dr bos aku nie.. Skrg ni dia dah jadi HAJI BAKHIL Bin HAJI KUDUKUTlepas balik haji nie. Mmg kedekut nak mampos. Merata resume aku submit, nak cari keje baru.. tapi nampak gaya.. mmg rezeki kat sini lagi.. So, sabar je la. Klu tak sabar, pegi berenang la.. ekekekee.. Jom nengok kawan2 opis I.. ekekek

Last Sat, we all sambut belated besday for Chu... adik mak aku yg paling bongsu dan merangkap pakcik aku daaa.. Sambil tu buat games utk semua. Meriah giler. Nak² suara masing-masing mcm petir... Kalah pasar cowkit tu ha. Actually byk games nak buat time tu, tapi lepas kejadian yang tidak diingini berlaku... beserta hujan.. tak dapat la nak teruskan. I
ni la punca nye,

Acara cari gula² dlm tepung. Colan-colan nya yang tua-tua bangka, sudah nye..jadi tepung terbang. yang tak bersalah pun menjadi mangsa.Baby Arash pun kena. kesian... byk tepung masuk mata dia. Marah giler Nyaie Bik dier. hehehee. Apa buleh buat... antie dia jugak lempar tepung tu kat area tangga, konon nak target Acik Amir.. So, musical chair dan acara ni je la yg sempat berlangsung. Aku lupa nak bawak camera, so, terpaksa la cilok gambar... jom tengok GAMBAR CILOK kat sini.. dah kat sini... FROM ANA'S CAMERA hahahhaa

























